Thursday 2 August 2012

PERMAINAN PUKUL LALAT

Permainan pukul lalat memerlukan sekumpulan kanak-kanak untuk dimainkan.

Peralatan yang diperlukan - sapu tangan atau tuala kecil.

Cara bermain

1.kanak-kanak diarahkan membuat satu bulatan besar.
2.kemudian, lepaskan pegangan tangan,duduk dan meletakkan tangan di belakang ponggong sambil memejamkan mata.
3.seorang kanak-kanak dipilih untuk memulakan permainan. kanak-kanak tersebut berjalan sambil membawa sapu tangan@ tuala kecil tadi. kanak-kanak tersebut bebas memilih untuk meletakkan sapu tangan@ tuala kecil tadi di belakang sesiapa sahaja.
4. kanak-kanak yang mendapat sapu tangan @ tuala kecil tadi perlu mengejar kawannya yang meletakkan sapu tangan tadi di belakang nya.

5. kanak-kanak yang dikejar haruslah berlari dan duduk di tempat kawannya tadi dan mengelakkan dari dipukul dengan sapu tangan.
6. sekiranya kanak-kanak yang di kejar sempat duduk tanpa dipukul dengan sapu tangan, maka kanak-kanak yang mengejar perlu memilih rakan lain dan meletakkan sapu tangan tersebut di belakangnya. tetapi sekiranya kanak-kanak yang di kejar tidak sempat duduk dan dipukul dengan sapu tangan, maka kanak-kanak tersebut perlu membawa sapu tangan sekali lagi dan memberi kepada rakan lain pula.

Peraturan permainan

1. kanak-kanak hendaklah memejam mata.
2. kanak-kanak yang mengejar boleh mencelah melalui tengah bulatan, manakala kanak-kanak yang dikejar hanya boleh berlari melalui luar bulatan sahaja..


selamat mencuba...


1 comment: