rasa-rasa nya inilah permainan paling famous kat sekolah rendah dulu... cikgu pon tak ada modal dah nak bagi main apa kot dulu-dulu kan....
peralatan yang diperlukan - bola je....
Cara permainan
1. setiap kumpulan mempunyai 3 orang kanak-kanak.
2. 2 orang di hadapan dan belakang.
3. seorang kanak-kanak di tengah sebagai monyet.
4. pemain akan cuba mencampakkan bola kepada seorang lagi pemain, dan monyet di tengah perlu cuba menangkap bola yang di baling tersebut.
5. Sekiranya monyet dapat menangkap bola, maka orang yang membaling bola tadi pula akan menjadi monyet di tengah.
Peraturan permainan
monyet di tengah dilarang merampas bola dari tangan pemain.
P/S - permainan ini kadangkala terbatas kerana peralatan yang terhad. Terutama di tabika, jumlah bola mungkin tidak mencukupi untuk kumpulan yang banyak. Kita boleh membuat improvisasi alatan, seperti menggunakan pundi kacang, atau membuat bola daripada kertas. Jangan membataskan aktiviti disebabkan kebergantungan terhadap alatan yang sedia ada sahaja....mudah kan...??
No comments:
Post a Comment