Saturday 4 August 2012

PERMAINAN GALAH PANJANG

Permainan galah panjang ni pun sebenarnya permainan orang dulu-dulu... teringat zaman kecil-kecil dulu, saya dan kawan-kawan buat gelanggang guna tali, atau tumpang bermain di atas gelanggang sepak takraw di kampung.. Permainan ini juga dapat menguji kecekapan pemain berlari melepasi halangan.

tiada alatan yang diperlukan melainkan untuk menyediakan gelanggang seperti rajah berikut....


Cara bermain 

1. Bilangan pemain sekurang-kurangnya 3 orang satu pasukan.
2. Tentukan dahulu pasukan mana yang akan memulakan pemainan sebagai "penyerang", dan satu pasukan lagi sebagai pasukan "pertahanan" . Anda boleh lah menggunakan teknik lambungan syiling, nak "o...somm" ke, "cat cilot at at" ke..haha.....

3. Kedudukan pemain dan penjaga garisan adalah seperti rajah di atas.
4. Bagi memulakan permainan, ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan ketua pasukan pengawal garisan.
5. Ketua pasukan pertahanan akan menjaga garisan tengah.
6. Pasukan pertahanan akan cuba menghalang pemain pasukan penyerang daripada menyeberang garisan dengan mendepakan tangan atau mencuit badan penyerang bagi mematikan penyerang. 
7. Pasukan penyerang akan cuba melepasi setiap garisan sehingga ke garisan bertanda X, dan perlu berpatah balik sehingga ke garisan permulaan. 
8. Sekiranya ketiga-tiga halangan berjaya dilepasi oleh sekurang-kurangnya seorang ahli pasukan penyerang tanpa disentuh oleh pasukan pertahanan,maka pasukan penyerang yang bermain akan mendapat 1 mata.
9. Sebaliknya jika semua pemain daripada pasukan yang bermain dapat disentuh dan dikira mati, pasukan lawan pula akan bermain.

Peraturan permainan

1. Setiap pemain pertahanan hanya menjaga garisan masing-masing.
2. Apabila salah seorang pemain penyerang dapat disentuh semasa menyeberang garisan, pasukannya dikira mati.
3. Mata dikira berdasarkan jumlah pusingan yang di menangi.



P/S : seronok sangat main galah panjang ni.. Untuk pengetahuan, permainan galah panjang ini juga tersenarai sebagai salah satu acara  didalam pertandingan Potensi Kanak-kanak TABIKA KEMAS bagi acara potensi padang. Kanak-kanak kalau diajar pun pandai main tau, tapi kena rajin la berlatih..jadi cikgu-cikgu...selamat mengajar la ye...




No comments:

Post a Comment