Thursday 2 August 2012

PERMAINAN PERIGI BERACUN


Permainan perigi beracun merupakan salah satu permainan yang amat meyeronokkan kanak-kanak berdasarkan pengalaman saya memainkan permainan ini.

Peralatan yang diperlukan - gelung rotan / gelung plastik, wisel

P/S PENTING : sebelum melakukan apa jua aktiviti, perlu diingat bahawa senaman memanaskan badan @ stretching perlu dilakukan dahulu dengan bimbingan guru. tidak tahu bagaimana melakukan stretching...? lihat disini serta untuk beberapa maklumat mengenai regangan lagi..he..he..

Cara bermain

1. kanak-kanak dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. seorang wakil dari setiap kumpulan perlu mengambil satu gelung rotan/ gelung plastik sahaja.


2.seterusnya diarahkan membuat bulatan mengelilingi gelung tersebut seperti rajah di bawah.

3. kanak-kanak berpegangan tangan dengan erat dan kemas.
4. apabila guru meniup wisel,kanak hendaklah saling menarik satu sama lain.
5. kanak-kanak yang jatuh lalu terpijak gelung dikira mati dan perlu keluar dari permainan.
6. ulang sehingga tinggal 2 orang dan sehingga dapat seorang sahaja pemenangnya.




Peraturan permainan

1. kanak-kanak haruslah menarik satu sama lain didalam keadaan berpegangan tangan.
2. kanak-kanak yang melakukan kekasaran akan didenda.
3. kanak-kanak yang terjatuh dan terpijak gelung dikira mati, dan perlu keluar dari permainan.


No comments:

Post a Comment