Permainan ini merupakan ala-ala permainan kampung...dan yang modern nya sikit digantikan dengan permainan tuju tin...
Alatan yang diperlukan - selipar...siapa yang nak main sila lah pinjamkan selipar..alah, 4 biji selipar sahaja...
Cara permainan
1. mula-mula, bahagikan kanak-kanak( ade ke orang dewasa main..?? he..he..) kepada 2 kumpulan.
2. kemudian ambil 3 biji ( biji ke...?) selipar susun seperti ini....
3.pilih pasukan A atau B yang akan memulakan permainan.. bermakna, kalau kumpulan A yang mulakan permainan, kumpulan B akan menjadi penjaga untuk menghalang kumpulan A dari menyusun semula selipar dan mematikan kesemua pemain kumpulan A. Untuk memilih, boleh menggunakan alternatif seperti melambung duit syiling ataupun "osom".
4. 1 biji selipar lagi digunakan sebagai pembaling untuk menjatuhkan selipar yang disusun tadi. Sekiranya selipar jatuh, ahli pasukan A hendaklah lari untuk mengelak dari dibaling oleh pasukan B dan mencari peluang untuk menyusun semula selipar ke kedudukan asal . Pasukan B hendaklah menggunakan selipar yang digunakan untuk menjatuhkan susunan selipar tadi untuk membaling pasukan A.
susun..jangan tak susun... |
5. Sesiapa dari pasukan A tadi terkena balingan selipar, maka dikira mati. Sekiranya semua ahli kumpulan A mati, dan tidak sempat menyusun selipar, maka semua ahli kumpulan A dikira mati dan bertukar giliran pemain kepada kumpulan B pula.
pemain mengelakkan dari terkene selipar supaya tidak "mati" |
Peraturan permainan
1. setiap peserta hanya boleh membuat 3 balingan sahaja untuk menjatuhkan selipar yang disusun.
Membuat balingan untuk menjatuhkan selipar. |
2. jika semua pemain dalam pasukan yang membaling tidak dapat menjatuhkan selipar, maka giliran pasukan yang menjaga pula untuk meneruskan permainan.
3. balingan untuk mematikan lawan adalah dari paras pinggang ke bawah sahaja. ini untuk mengelakkan kecederaan..(pecah bibir la, gigi patah ke, kening terkoyak, kene mata ke..risau jugak...)
P/S : untuk mematikan lawan, selipar tersebut boleh digantikan dengan sebagai pembaling untuk menjatuhkan kasut dan untuk pembaling mematikan lawan... ( awok dulu pakai selipar TAT SENG warna biru putih tu ha..keras tu....budak sekarang manja sikit...haha..)
Kiter dulu pakai bola kertas yang di padatkan... kalau kena memang pedih ooo
ReplyDeleteKiter dulu pakai bola kertas yang di padatkan... kalau kena memang pedih ooo
ReplyDelete