Thursday, 2 August 2012

PERMAINAN NENEK-NENEK SI BONGKOK 3

Permainan ini merupakan sejenis permainan tradisional kanak-kanak zaman dahulu..seingat saya, permainan ini di ajar oleh sepupu serta rakan-rakan di kampung ketika main bersama dahulu..sekarang, entah di mana mereka pon tak tahu dah..ok lah... permainan ini memerlukan labih dari 2 orang kanak-kanak..lagi ramai lagi bagus...kalau di tadika memang confirm la ramai kan..

Alatan yang diperlukan hanyalah - kain@ selendang untuk menutup mata "nenek", sebatang kayu sebagai tongkat nenek.


Cara permainan 
 1. perkara pertama yang perlu sebelum memainkan permainan ini ialah mengajar kanak-kanak lagunya terlebih dahulu... berikut merupakan lagu nya..sila la tengok....

2. haa.....dah pandai nyani kan..?? boleh la mulakan permainan...caranya, pilih seorang kanak-kanak untuk jadi nenek. Ikat matanya dengan kain@selendang tadi...jangan ketat sangat tapi pastikan juga "nenek" tersebut tak boleh nampak ok....berikan juga tongkat tadi supaya dapat membantu si nenek yang tertutup matanya itu.



3. kemudian, kanak-kanak yang lain buat bulatan mengelilingi nenek tadi, atau pendek cerita, nenek tadi berada di tengah-tengah bulatan ye..


4. kemudian nyanyi ramai-ramai......

nenek-nenek, si bongkok tiga,
siang mengantuk, malam berjaga,
mencari cucu di mana ada,
nenekku kahwin dengan anak raja....

5. kemudian nenek pulak sambung nyanyi sorang-sorang..(yang lain senyap dan duduk)

cucu-cucu tak dapat lari,
nenek tua banyak sakti,
sekarang jugak nenek mencari,
siapa yang kene dia yang jadi...

6. selepas nenek habis menyanyi, nenek pun perlu berjalan mencari "cucu-cucu" . setelah dapat seorang, nenek perlulah meraba wajah dan cuba meneka siapa kah nama cucu yang ditangkapnya...

Peraturan permainan 
1. yang menjadi nenek perlulah jujur..jangan curi-curi tengok ye....(sebenarnya dulu saya pun buat...haha..)
2.cucu-cucu pula, setelah duduk, jangan lah lari-lari lagi@ berubah tempat. cucu-cucu perlu berada di lingkungan kawasan bermain sahaja...kalau tempat permainan terlalu luas, kesian si nenek tu nak mencari..di sini adalah peranan guru, bagi memastikan kanak-kanak mengikut peraturan dan menetapkan lingkungan kawasan yang tidak terlalu luas..
3. itu sahaja pearaturan nya..hehe.......

P/S : cubalah permainan warisan turun temurun tradisi melayu kita ini....jangan nanti kemudian anak-anak zaman cyber kita ini hanya tahu duduk depan komputer, dan hanya bersosial melalui internet sahaja..melaui permainan sebegini lah, kita sebenarnya dapat meransang pergerakan anak-anak, pergaulan sihat dan mereka belajar bagaimana menghormati dan bekerjasama sesama rakan, dan membina semangat muhibbah tanpa mengira agama dan bangsa.





No comments:

Post a Comment