KEPENTINGAN PERMAINAN BAGI KANAK-KANAK

Mengapa kanak-kanak dikaitkan dengan bermain..?

Bermain ataupun permainan ialah fitrah kanak-kanak. Oleh kerana aktiviti bermain adalah sebahagian daripada dunia kanak-kanak. Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan jika kurikulum pendidikan kanak-kanak adalah berasaskan aktiviti bermain. Melalui aktiviti bermain, kanak-kanak belajar dan  memahami isu-isu yang berlaku di sekeliling mereka dalam keadaan yang menggembirakan dan bermakna kepada mereka. Pakar dalam bidang perkembangan kanak-kanak percaya aktiviti bermain merangsang fungsi otak yang dapat memupuk perkembangan kognitif, sosial, emosi dan fizikal kanak-kanak. Semasa bermain, kanak-kanak berinteraksi dengan rakan sebaya ataupun orang dewasa melalui perbincangan dan soal jawab. Kanak-kanak belajar berkomunikasi, berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan persekitaran melalui bermain. 

Laman berikut juga menerangkan kepentingan bermain kanak-kanak. Sila klik di sini.




No comments:

Post a Comment