Wednesday 8 August 2012

PERMAINAN JAN JAN JALA

permainan jan jan jala ini tidak memerlukan alatan. pemain hanya perlu mengetahui lagunya..

Begini......

jan jan jala,
jala itik jala ayam,
berapa lubang kancing,
seratus lima puluh,
singah cik dayang singgah,
makan sireh mulut merah..( waktu ni la tangkap seorang pemain dalam perumah)

tiada had bilangan pemain dan minimum 6 orang...

cara permainan

1. pilih 2 orang sebagai perumah..
2. pemain beratur dalam satu barisan panjang dan pegang pinggang kawan di hadapan mereka dalam barisan. 



MAIN KEJAR-KEJAR

permainan ini tidak memerlukan alatan, sebaliknya hanya memerlukan pemain untuk memilih kawasan lapang, (sebaiknya padang rumput, jatuh tak la sakit..huhu).. permainan ni lagi ramai main lagi la seronok.... mengimbau kenangan zaman kana-kanak sungguh la bila menulis ni..hehe... teringat betapa seronoknya zaman kanak-kanak. Gembira je, tak ada fikir apa masalah pon....kan..kan...??





peraturan permainan 

1) siapa yang ditangkap  akan menjadi pengejar.
2) terdapat seorang pengejar sahaja.


cara bermain

1) bagi menentukan pemain yang menjadi pengejar, pemain perlu membuat undian
2) pengejar akan mengejar pemain lain, jika pemain berasa dia akan di sentuh, maka dia perlu duduk dan tidak boleh bangun sehingga di cuit oleh pemain lain yang sedang berlari.
3) apabila duduk, bermakna terselamat dari pengejar dan tidak boleh disentuh oleh pengejar. 
4) seorang pemain berpeluang duduk sebanyak 3 kali sahaja. 
5) apabila pemain itu duduk untuk kali ke-3, dia tidak boleh bermain lagi sehingga permainan tamat. 
6) pengejar perlu menyentuh pemain lain yang sedang berlari supaya dapat menjadi pemain pula...




jom main nak..?? tak kisah la dah besar pon..syok ooo..hahaha... 




Saturday 4 August 2012

PERMAINAN GALAH PANJANG

Permainan galah panjang ni pun sebenarnya permainan orang dulu-dulu... teringat zaman kecil-kecil dulu, saya dan kawan-kawan buat gelanggang guna tali, atau tumpang bermain di atas gelanggang sepak takraw di kampung.. Permainan ini juga dapat menguji kecekapan pemain berlari melepasi halangan.

tiada alatan yang diperlukan melainkan untuk menyediakan gelanggang seperti rajah berikut....


Cara bermain 

1. Bilangan pemain sekurang-kurangnya 3 orang satu pasukan.
2. Tentukan dahulu pasukan mana yang akan memulakan pemainan sebagai "penyerang", dan satu pasukan lagi sebagai pasukan "pertahanan" . Anda boleh lah menggunakan teknik lambungan syiling, nak "o...somm" ke, "cat cilot at at" ke..haha.....

PERMAINAN BOLA DENGAN MONYET

rasa-rasa nya inilah permainan paling famous kat sekolah rendah dulu... cikgu pon tak ada modal dah nak bagi main apa kot dulu-dulu kan....

peralatan yang diperlukan - bola je....

Cara permainan

1. setiap kumpulan mempunyai 3 orang kanak-kanak. 
2. 2 orang di hadapan dan belakang.

Friday 3 August 2012

PERMAINAN TUJU KASUT

Permainan ini merupakan ala-ala permainan kampung...dan yang modern nya sikit digantikan dengan permainan tuju tin... 

Alatan yang diperlukan - selipar...siapa yang nak main sila lah pinjamkan selipar..alah, 4 biji selipar sahaja...

Cara permainan 

1. mula-mula, bahagikan kanak-kanak( ade ke orang dewasa main..?? he..he..) kepada 2 kumpulan.
2. kemudian ambil 3 biji ( biji ke...?)  selipar susun seperti ini.... 


Contoh susunan kasut


Thursday 2 August 2012

PERMAINAN NENEK-NENEK SI BONGKOK 3

Permainan ini merupakan sejenis permainan tradisional kanak-kanak zaman dahulu..seingat saya, permainan ini di ajar oleh sepupu serta rakan-rakan di kampung ketika main bersama dahulu..sekarang, entah di mana mereka pon tak tahu dah..ok lah... permainan ini memerlukan labih dari 2 orang kanak-kanak..lagi ramai lagi bagus...kalau di tadika memang confirm la ramai kan..

Alatan yang diperlukan hanyalah - kain@ selendang untuk menutup mata "nenek", sebatang kayu sebagai tongkat nenek.


Cara permainan 
 1. perkara pertama yang perlu sebelum memainkan permainan ini ialah mengajar kanak-kanak lagunya terlebih dahulu... berikut merupakan lagu nya..sila la tengok....

2. haa.....dah pandai nyani kan..?? boleh la mulakan permainan...caranya, pilih seorang kanak-kanak untuk jadi nenek. Ikat matanya dengan kain@selendang tadi...jangan ketat sangat tapi pastikan juga "nenek" tersebut tak boleh nampak ok....berikan juga tongkat tadi supaya dapat membantu si nenek yang tertutup matanya itu.



PERMAINAN PERIGI BERACUN


Permainan perigi beracun merupakan salah satu permainan yang amat meyeronokkan kanak-kanak berdasarkan pengalaman saya memainkan permainan ini.

Peralatan yang diperlukan - gelung rotan / gelung plastik, wisel

P/S PENTING : sebelum melakukan apa jua aktiviti, perlu diingat bahawa senaman memanaskan badan @ stretching perlu dilakukan dahulu dengan bimbingan guru. tidak tahu bagaimana melakukan stretching...? lihat disini serta untuk beberapa maklumat mengenai regangan lagi..he..he..

Cara bermain

1. kanak-kanak dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. seorang wakil dari setiap kumpulan perlu mengambil satu gelung rotan/ gelung plastik sahaja.

PERMAINAN PUKUL LALAT

Permainan pukul lalat memerlukan sekumpulan kanak-kanak untuk dimainkan.

Peralatan yang diperlukan - sapu tangan atau tuala kecil.

Cara bermain

1.kanak-kanak diarahkan membuat satu bulatan besar.
2.kemudian, lepaskan pegangan tangan,duduk dan meletakkan tangan di belakang ponggong sambil memejamkan mata.
3.seorang kanak-kanak dipilih untuk memulakan permainan. kanak-kanak tersebut berjalan sambil membawa sapu tangan@ tuala kecil tadi. kanak-kanak tersebut bebas memilih untuk meletakkan sapu tangan@ tuala kecil tadi di belakang sesiapa sahaja.
4. kanak-kanak yang mendapat sapu tangan @ tuala kecil tadi perlu mengejar kawannya yang meletakkan sapu tangan tadi di belakang nya.

5. kanak-kanak yang dikejar haruslah berlari dan duduk di tempat kawannya tadi dan mengelakkan dari dipukul dengan sapu tangan.
6. sekiranya kanak-kanak yang di kejar sempat duduk tanpa dipukul dengan sapu tangan, maka kanak-kanak yang mengejar perlu memilih rakan lain dan meletakkan sapu tangan tersebut di belakangnya. tetapi sekiranya kanak-kanak yang di kejar tidak sempat duduk dan dipukul dengan sapu tangan, maka kanak-kanak tersebut perlu membawa sapu tangan sekali lagi dan memberi kepada rakan lain pula.

Peraturan permainan

1. kanak-kanak hendaklah memejam mata.
2. kanak-kanak yang mengejar boleh mencelah melalui tengah bulatan, manakala kanak-kanak yang dikejar hanya boleh berlari melalui luar bulatan sahaja..


selamat mencuba...