Permainan ini ialah permainan secara berkumpulan dimana ia melibatkan bilangan pelajar yang ramai untuk memainkannya.
Peralatan yang diperlukan - sapu tangan
Cara bermain
1. setiap pemain atau ’ayam’ dikehendaki memakai‘ekor’ atau kain yang diletakkan di belakang mereka.
2. Seorang pemain akan bertindak sebagai ‘musang’atau penangkap.
3. Musang dikehendaki mengira angka dari 1-50 sebe-lum mengejar ‘ayam’.
4. ‘Musang dikehendaki cuba mendapatkan ekor ‘ayam’yang ada pada setiap pemain.
Peraturan permainan
1. Para pemain dikehendaki bermain dalam kawasan yang telah ditetapkan sahaja.
2. ‘Ayam’ yang telah diambil ekornya oleh musang akan dikira terkeluar.
3. Bilangan pemain dalam setiap permainan adalah 10-15 orang sahaja.
4. Masa adalah tidak terhad.
5. ‘Ayam’ pertama yang ditangkap akan menjadi‘musang’ setelah semua ‘ayam’ hilang ekor mereka.
6. Permainan akan dimainkan di kawasan padang yang berkeluasan dalam anggaran 15 Meter x 15 Meter.
No comments:
Post a Comment