Wednesday 8 August 2012

PERMAINAN JAN JAN JALA

permainan jan jan jala ini tidak memerlukan alatan. pemain hanya perlu mengetahui lagunya..

Begini......

jan jan jala,
jala itik jala ayam,
berapa lubang kancing,
seratus lima puluh,
singah cik dayang singgah,
makan sireh mulut merah..( waktu ni la tangkap seorang pemain dalam perumah)

tiada had bilangan pemain dan minimum 6 orang...

cara permainan

1. pilih 2 orang sebagai perumah..
2. pemain beratur dalam satu barisan panjang dan pegang pinggang kawan di hadapan mereka dalam barisan. 




3. perumah yang dipilih mewakili 2 kumpulan berbeza. (contoh : seorang perumah pilih buah pisang, seorang lagi pilih buah durian)
4. pemain yang beratur menyanyikan lagu Jan, Jan Jala sambil berjalan di bawah perumah, (seperti gambar) , dan mengelilingi perumah.
5. apabila habis nyanyian, perumah akan menangkap seorang pemain, dan membawa pemain ketepi.
6. perumah perlu membisik kepada pemain yang ditangkap untuk memilih kumpulan buah epal atau buah durian.
7. kemudian pemain itu berdiri di belakang kumpulan perumah yang dipilihnya.
8. ulang permainan sehingga habis semua pemain ditangkap dan memilih kumpulan.
9. selepas habis, kini terdapat dua kumpulan iaitu kumpulan buah epal dan kumpulan buah durian. Pegang pinggang rakan di hadapan. Buat satu garisan di antara kedua-dua ketua.
10. jerit 'mula' dan kedua2 kumpulan akan saling bertarikan..(macam tarik tali..) lihat contoh gambar di bawah.

tarik... jangan tak tarik...hehe


11. pihak yang melebihi garisan penanda dikira kalah....


macam tu lah mudahnya permainan orang dulu-dulu..cuba dulu, baru tahu keseronokannya...sampai saya pun join sekali main bersama anak-anak murid... hehe..


2 comments: