Wednesday 26 September 2012

PERMAINAN LAMBUNG BELON

permainan menguji kecekapan kanak-kanak membaling dan menangkap belon/ bola.. untuk lebih seronok kita gunakan belon... belon kan sinonim dengan kanak-kanak..pasti kanak-kanak seronok...

1) sediakan belon yang berisi air.

2) minta kanak-kanak pilih pasangan dan beratur berdua-berdua.

3)1 belon bagi setiap kumpulan.

4) buat barisan. pembaling menghadap penerima. kedua-dua pemain akan bertindak sebagai pembaling dan penerima bergilir-gilir.


5) pembaling dinamakan A, penerima dinamakan B.

6) acara bermula dengan pasukan A membaling kepada B. setelah B menangkap belon air, B undur setapak, dan giliran B pula membaling ke A. ulang langkah ini sehingga dapat pemenang nya satu pasukan saja. semasa permainan, siapa yang tidak dapat menangkap belon dan belonnya pecah, maka dikira mati dan haruslah keluar dari permainan..

p/s : permainan ini bukan untuk kanak-kanak sahaja..untuk orang dewasa pun boleh.. seronok sangat...

2 comments:

  1. Macam mana ea nak main ni. Saya agak konfius sikit. Belon tu sudah dibaling pas ke member sebelah2 ke macamana?

    ReplyDelete
  2. Tak. Hanya baling dgn pasangan di hadapan kita. Bila dpt sambut, undur setapak. Sehingga jarak akn jd jauh dan sukar nk sambut belon tu.

    ReplyDelete