Monday 24 September 2012

PERMAINAN LOMPAT TIKUS

permainan ini merupakan permainan favourite saya waktu kecil-kecil dulu... tak kira sama ada lelaki atau perempuan, sama-sama main..hehe..sekarang bila jumpa balik kawan-kawan sama-sama main dulu, malu-malu la pulak..

permainan ini tidak memerlukan alatan...ok..cara permainan nya begini...

1) 2 orang di perlukan sebagai halangan untuk melompat....



2) kalau ramai, boleh bahagi kepada 2 kumpulan... ( 1 kumpulan tunggu sampai kumpulan yang main mati semua baru la 1 kumpulan lain boleh main..gilir-gilir.. Osom ke, ape ke..)

3) pemain hanya perlu melompat dari aras mula-mula iaitu halangan satu tapak tangan.

4) selepas melepasi halangan pertama, halangan meningkat kepada tinggi 2 tapak tangan..sampai 4 tangan.. (seperti contoh di bawah...)





5) selepas melepasi halangan tertinggi pemain perlu melepasi halangan merangkak lubang tikus pula.

6) 2 orang yg menjadi halangan tadi perlu mencantumkan tangan, (dalam keadaan duduk) membentuk gua. dua tangan bercantum di bawah, dan dua tangan bercantum diatas. pemain perlu merangkak melapasi halangan tanpa tersentuh sedikit pun dengan halangan...selalunya inilah part paling mencabar...

7) kalau tak lepas, dikira mati.. dan kalau lepas, dan habis semua ahli dah main, bertukar giliran pula kepada kumpulan lagi satu..hehe..

selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment