Wednesday, 26 September 2012

PERMAINAN LAMBUNG BELON

permainan menguji kecekapan kanak-kanak membaling dan menangkap belon/ bola.. untuk lebih seronok kita gunakan belon... belon kan sinonim dengan kanak-kanak..pasti kanak-kanak seronok...

1) sediakan belon yang berisi air.

2) minta kanak-kanak pilih pasangan dan beratur berdua-berdua.

3)1 belon bagi setiap kumpulan.

4) buat barisan. pembaling menghadap penerima. kedua-dua pemain akan bertindak sebagai pembaling dan penerima bergilir-gilir.


5) pembaling dinamakan A, penerima dinamakan B.

6) acara bermula dengan pasukan A membaling kepada B. setelah B menangkap belon air, B undur setapak, dan giliran B pula membaling ke A. ulang langkah ini sehingga dapat pemenang nya satu pasukan saja. semasa permainan, siapa yang tidak dapat menangkap belon dan belonnya pecah, maka dikira mati dan haruslah keluar dari permainan..

p/s : permainan ini bukan untuk kanak-kanak sahaja..untuk orang dewasa pun boleh.. seronok sangat...

BELALANG DAN BELATUK

permainan ini menguji dan mengasah kemhiran mendengar dan mendidik kanak-kanak memberi perhatian terhadap sesuatu arahan.  cara permainan nya ialah

1) kanak-kanakberatur dalam satu barisan panjang.

2) kemudian buat satu garisan panjang. bahagu kawasan iaitu 1 kawasan belalang, dan 1 kawasan belatuk.

3) kanak-kanak beratur di kawasan belalang.

4) kemudian, guru akan menyebut "bela..............lang @ bela.................tuk"

5) jika guru menyebut belatuk, kanak-kanak haruslah melompat ke kawasan belatuk. jika guru menyebut belalang,dan  kanak-kanak sememangnya berada di kawasan belalang, maka kanak-kanak tidak perlu melompat. siapa yang melompat kawasan salah, atau terpijak garisan, maka dia dikira mati, dan harus keluar.

6) guru ulangi langkah 4, dan seterusnya sehingga dapat seorang pemenang...

Monday, 24 September 2012

PERMAINAN LOMPAT TIKUS

permainan ini merupakan permainan favourite saya waktu kecil-kecil dulu... tak kira sama ada lelaki atau perempuan, sama-sama main..hehe..sekarang bila jumpa balik kawan-kawan sama-sama main dulu, malu-malu la pulak..

permainan ini tidak memerlukan alatan...ok..cara permainan nya begini...

1) 2 orang di perlukan sebagai halangan untuk melompat....



2) kalau ramai, boleh bahagi kepada 2 kumpulan... ( 1 kumpulan tunggu sampai kumpulan yang main mati semua baru la 1 kumpulan lain boleh main..gilir-gilir.. Osom ke, ape ke..)

3) pemain hanya perlu melompat dari aras mula-mula iaitu halangan satu tapak tangan.

4) selepas melepasi halangan pertama, halangan meningkat kepada tinggi 2 tapak tangan..sampai 4 tangan.. (seperti contoh di bawah...)

Saturday, 22 September 2012

KELAWAR MENANGKAP RAMA-RAMA



1) Permainan ini adalah untuk 6 atau lebih pemain dan perlu dimainkan di luar atau di kawasan terbuka.

2 ) Untuk bermain, Pilih seorang pemain untuk menjadi "kelawar" dan satu lagi pemain untuk menjadi "rama-rama." (Kelawar tidak perlu tahu siapa rama-rama , jadi "kelawar" perlu meninggalkan kawasan permainan/bilik semasa anda memilih rama-rama.)

3) Selebihnya pemain adalah "pokok." Mereka membentuk bulatan dan perlu berdiri.



4) Kelawar dan rama-rama kedua-duanya ditutup mata. Mereka boleh bergerak semasa permainan, tetapi tidak boleh keluar bulatan.

5) Objek dari permainan ini adalah untuk kelawar untuk menggunakan bunyi untuk menangkap mangsa, rama-rama. Apabila kelawar menjerit "rama-rama" ," rama-rama jawapan "saya." Semua pemain lain menjawab "pokok."

6) ketika ini kelawar perlu berjalan untuk mengenal pasti dan meneka di mana dan yang mana satu ialah rama-rama.

Setelah "kelawar" dapat meneka "rama-rama", rama-rama menjadi kelawar dan rama-rama baru dipilih.

permainan ini melatih kanak-kanak peka terhadap arah datangnya bunyi..

selamat mencuba...

Wednesday, 8 August 2012

PERMAINAN JAN JAN JALA

permainan jan jan jala ini tidak memerlukan alatan. pemain hanya perlu mengetahui lagunya..

Begini......

jan jan jala,
jala itik jala ayam,
berapa lubang kancing,
seratus lima puluh,
singah cik dayang singgah,
makan sireh mulut merah..( waktu ni la tangkap seorang pemain dalam perumah)

tiada had bilangan pemain dan minimum 6 orang...

cara permainan

1. pilih 2 orang sebagai perumah..
2. pemain beratur dalam satu barisan panjang dan pegang pinggang kawan di hadapan mereka dalam barisan.